Saturday 23 July 2011

MurNinya SeBuah UkhWah~~~


“Taburlah bakti dan ilmu, carilah pengalaman” berbekalkan ungkapan keramat ini dari keluarga adalah kunci penguat bagi diri ini untuk terus melangkah menuju bumi kemboja. Pemergian ini berbekalkan misi dalam Program baktisisiswa masyarakat Islam Kemboja, menerusi Badan Peer Kaunselor (PEERs) UiTM Shah Alam. Meskipun begitu masih terdapat juga ruang dan peluang untuk meninjau tempat yang menarik di Negara Kemboja. Perasaan seseorang yang sedang melancong dan juga pembawa tanggungjawab adalah sesuatu yang jauh beza. Tetapi kami datang dengan dua perasaan iaitu menyempunakan misi sambil melancong.
Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadankan Thailand di barat, Loas di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Agama utama yang diamalkan di Kemboja ialah agama Buddha Thevarada. Penganut Islam adalah manoriti, hanya dalam lingkungan 200ribu lebih. Antara sumber air yang terkenal di Kemboja ialah Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap yang merupakan sumber makanan serta pendapatan yang penting bagi penduduknya.
Pada hari pertama kami samapai,ternyata pemandangan disana jauh beza dengan tanah air kita, banyak pengajaran yang tersirat yang mungkin kita tidak pernah tahu. Banyak perkara pelik yang kami dapat nilai serta anlisis. Sesamapai saja disana rombongan telah dijemput oleh En.Rozali(penduduk kemboja) dan juga pengarah program yang sudah tiba awal dari kami. Setelah itu kami makan tengahari disebuah restoren yang satu-satunya halal di Diamond Island, Phnom Penh yang berdekatan dengan jambatan maut yang meragut nyawa kira-kira 300 orang yang sedang berseronok berpesta air. Kami dapat melihat dengan jelas jambatan itu kerana ia berhadapan dengan restoren tersebut. Setelah itu kami mengilingi Bandar yang penuh keunikan. Dikesempatan itu juga kami berpeluang untuk mengilingi sungai Mekong dengan menaiki bot. pemandangan sepanjang sungai sungguh menakjubkan kerana bangunan Angkor Wat dan Istana raja Kemboja serta bangunan lain dapat dilihat menurusi dari sungai tersebut.Manakala pada hari seterusnya kami telah berangkat ke Kampung Keh yang kira-kira 3 jam dari Bandar Phnom Penh. Inilah misi yang sebenar. Kami akan diberi tanggungjawab untuk megenali keluarga disini dengan lebih rapat barulah kita akan lebih memahami cara hidup dan budaya mereka. Hal ini bukan sekadar untuk mendapat pengalaman semata-mata bahkan ia adalah cara terbaik untuk belajar. Belaajr dari segi kehidupan, social, bahkan kami juga dicabar untuk menyediakan makanan kepada keluarga angkat masing-masing. Majlis perasmian juga dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Kemboja iaitu Mr.Nosles Kami datang bukanlah untuk member sumbangan dan terus pulang akan tetapi dapat merapatkan ukhwah islamiah antara muslim. Sepanjag tiga hari kami kesana pelbagai modul aktivi menarik telah kami aturkan untuk penghuni kampung tersebut. Kami juga turut bergabung dengan golongan belia disana. Main dengan kanak-kanak (Permainan Tradisional antara dua negara), pergi pantai, pergi sawah, tempat penyediaan garam,slot pertukaran idea, mengajar mengaji menggunakan teknik Al- Baghdadi(menggunakan teknik bunyi dan ketukan), gotong royong membersih Masjid As-Syakirin dan membaiki bumbung sekolah Tahfiz adalah antara program yang sempat dilaksanakan. Perjalanan program selama tiga hari amat memberi kesan kepada pelajar dan juga penduduk kampung kerana perpisahan itu diiringi oleh deraian air mata. Setelah selesai Majlis penutup dan penyerahan sumbangan kepada wakil penduduk kampung kami akan berangkat ke Phnom Penh.Tidak lengkap sekiranya kita berkunjung kesuatu tempat jika tidak membeli sebarang cenderamata untuk diabadikan untuk keluarga dan saudara mara. Kami telah berkunjung ke Central Market and juga Suria Mall bagi memenuhi keperluan buah tangan untuk dibawa pulang. Selapas selesai makan malam restoren New York Hotel, kami mengabil peluang untuk merasai pengalaman naik tut-tut(kenderaan bermotor) ia tidak terdapat dinegara kita. Pada hari terakhir kami mendapat peluang untuk manaiki scylo (seperti beca) mengelilingi bukit tanda mercu Phnom Penh setelah membuat senamrobik bersama penduduk Phnom Penh sepanjang sungai Mekong. Ini adalah budaya mereka setiap pagi. Kami juga berpeluang untuk melihat gajah melintas kewasan tersebut. Pemandangan pagi itu sungguh indah. Sebelum berangkat ke Combodia Airport kami sempat berkunjung sebuah muzium to Toul Sleng and Killing Field, dimana tempat menceritakan zaman kekejaman askar polpot.

Banyak perkara yang kami belajar dari program berqualiti sebegini. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur dengan kemajuan dan keaman Negara kita. Saya juga dapat lihat jalan raya mereka memang huru hara tetapi statistic kemalangan Negara kita lebih tinggi berbanding mereka, mungkin tiada kesedaran lagi dalam diri rakyat Malaysia bahawa jalan raya bukanlah medan perlumbaan untuk memperjudikan nyawa. Program ini juga membuka jaringan minda pelajar dalam meningkatkan kemampuan diri untuk membantu masyarakat luar yang hidup dalam kesusahan dan untuk melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja terbilang dari segi akademik, bahkan mantap dari segi sahsiah. “we care, we help” Kemboja adalah Negara yang indah untuk dilawati.

Monday 27 June 2011

Tersedar dari NYTE..

setelah berbulan-bulan berada di kampung halaman, mula la diri ini terasa ingin merayap2 menikmati          keindahan kampung… maklum lah da lame diperantauan katakan dan xsmpat mnjenguk keadaan sekitar... hahhahaha……… Dikeheningan pagi yang mungkin kita selalu terlepas, ini la rahsia Tuhan disebalik alam…


Saje je nak tunjuk kawasan yang melambangkan kehijauan alam ini lah tanda jiwa mesra alam……. Kekadang kita tidak tersedar akan kewujudan alam yang indah.Ia adalah sumber ilham bagi kita… semua kita hidup sebagai manusia mempunyai masalah, itulah membuatkan hidup manusia lebih matang dan berwarna-warni. Halaman sendiri adalah tempat yang terbaik untuk kita mencari ketenangan, saya bukanlah nak menafikan hidup yang semakin pelu mengejar kemajuaan, akan tetapi tidak salah untuk sekali sekala kita belajar mencari ketenangan dengan memuja alam ciptaan Nya ini.. Ketenangan berada dalam hati. 


Bergurau senda sambil gelak ketawa bersama adik-beradik yang lain itulah perkara yang sering dirindukan… sambil berjalan2 dikawasan sekeliling.. kata Orang, sunyuman adalah ubat yang terbaik bagi menutupi dan meredakan gelisah dihati.... kita selalu di beri harapan dengan ayat semoga hepy selalu.... Langkah yang terbaik ialah berdepan dengan hakikat sebenar masalah dan tanganilah dengan matang serta kebijaksanaan akal fikiran. Marah, hanya mengikut perasaan dalam membuat keputusan bukanlah sesuatu yang boleh mnyelesaikan benang yang kusut. keadaan yang membuatkan manusia tersepit.... tapi percaya lah, Allah tidak kejam dalam menguji hambaNya... InsyaAllah...

Wednesday 11 May 2011

Kebetulan???????????



Kemana tumpahnya kuah kalau tak kenasi…. Tp mungkin keatas meja @ lantai kot… huhuhu.. sebenarnya xde kena mengena pun kisah kuah 2 ngan cerita myaa ni… myaa nak cakap pasal kebetulan yang telah berlaku lam hidup kita. Hidup yang penuh aman damai memang banyak kebetulan… benda yang kebetulan ni kita rase cam naluri kita memang betul. Bab kata orang ikut kata hati mati… bila sesuatu kebetulan berlaku itu mesti la ada sebabnya yang tersembunyi yang perlukan kepintaran manusia untuk mentafsirkannya.

Kisah kebetulan telah berlaku disebuah hospital besar Kuala Lumpur. Situasi ini bersiaran langsung diruang menunggu wad kecemasan untuk wanita bersalin. Diruang tersebut, ada seorang pemuda bakal bapa menunggu penuh sabar. Namanya adalah Syafiq. Oleh dek kerana dia pantang tengok darah yang banyak,.dengan wajah yang bercampur baur sedih dan juga gembira mengenang kan bakal menimbang cahaya mata pertama, dia hanya mampu menunggu diluar sahaja.

Dalam keadaan yang sepi tiba-tiba muncul seorang pemuda datang dengan muka yang penuh kegembiraan dan berkata “ Alhamdulillah saya dapat anak kembar”.

Dengan senyuman yang hambar Syafiq hanya mampu berkata; “ooo.. yea kew? Tahniah”. Sedang duduk disitu tetiba keluar lagi seorang pemuda dan datang mendekati mereka terus berkata” Macam tidak percaya je rasa dapat anak kembar tiga, kebetulan saya bekerja di Syarikat Triple T”.

Selepas i2, pemuda kedua tadi membalas”eh yea la, saya dapat anak kembar dua, saya bekerja dengan Syarikat produksi Double Version”.

Mendengarkan kata2 kedua orang pemuda tersebut, lantas Syafiq mula gelisah dan kelihatan sungguh cemas. Syafiq berjalan mundar mandir dihadapan pintu dimana tempat isterinya sedang bertarung. Kedua orang pemuda itu lantas terkejut dengan perubahan daripada Syafiq. Syafiq mula tidak senang duduk. Mereka terus datang mendekati Syafiq dan menberi kata semangat “ kenapa ni?? Bertenang dan sabar, insyAllah semua selamat. Kamu jangan la risau sangat”. Dengan itu, Syafiq terus senyum dan memberitahu “ Yea, saya tahu tapi saya bekerja di seven eleven” semua pandang Syafiq dan gelak sampai golek2..?????? KEBETULAN.. KEBETULAN…

Friday 18 February 2011

MATA vs HATI


mata??? kenapa mata??? kerana jika mata adalah saksi utama dalam kehidupan... kalau mata yang melihat kata "wow cantik" hati juga turut bersetuju sebab hati percaya pada mata.tapi pernah dengar x pasal mata hati?? kalau skali dengar cam plik kan...... mata ade ati jgk ke??? tya la doktor yang lebih pakar kan... hahahaha mata hati adalah 1 perumpaan untuk megambarkan bicara hati.....

  "dari mata turun kehati" ermmmm, byk jgk benda yang berkaitan mata dengan hati...... dorg(mata dan hati) ni couple ke?? entah la, Allah yang menjadikan dorang pelengkap diri manusia.

tapi kekadang kita salah menafsir ketulusan seseorang pun sebab mata... dalam 2 situasi...
mata aku tgk budak ni baik orgnya. tenang je muka dia...(situasi positif)
ee.....aku tgk bdk ni cam jahat je dah la muka dia cam rumah separuh siap.....ko jgn pcaya la kat dia( situasi negetive).

kalau kejadian langgar melanggar berlaku secara automatik dari klua dari mulut manusia yang kurang sopan."cam mne ko jln, xde mata ke, suka hati je langgar org" jeng 3x nah ambk sebijik kat ats muka kena maki kan... hati kata ape??? "sabau je la"

ermmm, andaikan tiada mata, xkan ade ceritanya... gunalah ia sebaik mungkin...

MATLAMAT


Kekadang kita hidup kat dunia ni x taw pun ape matlamt kita……... ape kita nak capai…. Ape yang dikatakan cita2……. Kita x trfkr pun nak cipta maklamat trsebut…….

“entah, ak wat ikut ase suke ati jew…. Matlamt 2 skema sgt ler….” Kita yang mrendahkan diri sendiri bukan orang lain yang berbuat demikian…….. 

kalau kecik2 masa zaman muda mudi dl, klu ckgu tya sal cita2 smua jwb y gempaq2 pnyer........ doktor, polis, askar, pelukis dan macam2 ag.....xde seorg pun nak jadi gengster or penjenayah y diminati ramai... sebab 2 la kat lam movie pisau cukur 2, wujud dia pnyer cita2 nak kawin Tan Sri bila besar nnt...

 kalau matlamat lak nak balajar sungguh2 dan nak gembirakan mak ayah bila da besar nanti. korg msti inggt lagi kan..... tp bila da besar kita da x ingt pe yang penah kita tanam kan dulu.......tp bila da msk IPT xmo blaja leklok.. blaja alakadar jew ... orang kata cukup2 makan....

cam mane kita nak berjaya kalau arah tujuan pun xde..... tuhan pun susah la nak bagi kat kita sebab kita sendiri pun was2....

kalau tya semua nak jadi kaya, tp pernah x kita terfkr ape action kita tok jdi jutawan..... kita hanya nak tapi x take action.... patut ker org cam ni????

dan 1 perkara ag, kita slalu gelakkan cita2 dan matlamt org lain.... padahal semua matlamat penting walaupun dengar cam bodoh je.... mybe i2 ape yang seseorg hajati selama ni... tolong jgn cantas creativity org lain... hahahah.... lebih2 lak aku ni....

p/s: xde kene ngena ngan sape hanya peringatan tok diri sendiri sebenarnya...