Monday, 27 June 2011

Tersedar dari NYTE..

setelah berbulan-bulan berada di kampung halaman, mula la diri ini terasa ingin merayap2 menikmati          keindahan kampung… maklum lah da lame diperantauan katakan dan xsmpat mnjenguk keadaan sekitar... hahhahaha……… Dikeheningan pagi yang mungkin kita selalu terlepas, ini la rahsia Tuhan disebalik alam…


Saje je nak tunjuk kawasan yang melambangkan kehijauan alam ini lah tanda jiwa mesra alam……. Kekadang kita tidak tersedar akan kewujudan alam yang indah.Ia adalah sumber ilham bagi kita… semua kita hidup sebagai manusia mempunyai masalah, itulah membuatkan hidup manusia lebih matang dan berwarna-warni. Halaman sendiri adalah tempat yang terbaik untuk kita mencari ketenangan, saya bukanlah nak menafikan hidup yang semakin pelu mengejar kemajuaan, akan tetapi tidak salah untuk sekali sekala kita belajar mencari ketenangan dengan memuja alam ciptaan Nya ini.. Ketenangan berada dalam hati. 


Bergurau senda sambil gelak ketawa bersama adik-beradik yang lain itulah perkara yang sering dirindukan… sambil berjalan2 dikawasan sekeliling.. kata Orang, sunyuman adalah ubat yang terbaik bagi menutupi dan meredakan gelisah dihati.... kita selalu di beri harapan dengan ayat semoga hepy selalu.... Langkah yang terbaik ialah berdepan dengan hakikat sebenar masalah dan tanganilah dengan matang serta kebijaksanaan akal fikiran. Marah, hanya mengikut perasaan dalam membuat keputusan bukanlah sesuatu yang boleh mnyelesaikan benang yang kusut. keadaan yang membuatkan manusia tersepit.... tapi percaya lah, Allah tidak kejam dalam menguji hambaNya... InsyaAllah...