Saturday 23 July 2011

MurNinya SeBuah UkhWah~~~


“Taburlah bakti dan ilmu, carilah pengalaman” berbekalkan ungkapan keramat ini dari keluarga adalah kunci penguat bagi diri ini untuk terus melangkah menuju bumi kemboja. Pemergian ini berbekalkan misi dalam Program baktisisiswa masyarakat Islam Kemboja, menerusi Badan Peer Kaunselor (PEERs) UiTM Shah Alam. Meskipun begitu masih terdapat juga ruang dan peluang untuk meninjau tempat yang menarik di Negara Kemboja. Perasaan seseorang yang sedang melancong dan juga pembawa tanggungjawab adalah sesuatu yang jauh beza. Tetapi kami datang dengan dua perasaan iaitu menyempunakan misi sambil melancong.
Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadankan Thailand di barat, Loas di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Agama utama yang diamalkan di Kemboja ialah agama Buddha Thevarada. Penganut Islam adalah manoriti, hanya dalam lingkungan 200ribu lebih. Antara sumber air yang terkenal di Kemboja ialah Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap yang merupakan sumber makanan serta pendapatan yang penting bagi penduduknya.
Pada hari pertama kami samapai,ternyata pemandangan disana jauh beza dengan tanah air kita, banyak pengajaran yang tersirat yang mungkin kita tidak pernah tahu. Banyak perkara pelik yang kami dapat nilai serta anlisis. Sesamapai saja disana rombongan telah dijemput oleh En.Rozali(penduduk kemboja) dan juga pengarah program yang sudah tiba awal dari kami. Setelah itu kami makan tengahari disebuah restoren yang satu-satunya halal di Diamond Island, Phnom Penh yang berdekatan dengan jambatan maut yang meragut nyawa kira-kira 300 orang yang sedang berseronok berpesta air. Kami dapat melihat dengan jelas jambatan itu kerana ia berhadapan dengan restoren tersebut. Setelah itu kami mengilingi Bandar yang penuh keunikan. Dikesempatan itu juga kami berpeluang untuk mengilingi sungai Mekong dengan menaiki bot. pemandangan sepanjang sungai sungguh menakjubkan kerana bangunan Angkor Wat dan Istana raja Kemboja serta bangunan lain dapat dilihat menurusi dari sungai tersebut.Manakala pada hari seterusnya kami telah berangkat ke Kampung Keh yang kira-kira 3 jam dari Bandar Phnom Penh. Inilah misi yang sebenar. Kami akan diberi tanggungjawab untuk megenali keluarga disini dengan lebih rapat barulah kita akan lebih memahami cara hidup dan budaya mereka. Hal ini bukan sekadar untuk mendapat pengalaman semata-mata bahkan ia adalah cara terbaik untuk belajar. Belaajr dari segi kehidupan, social, bahkan kami juga dicabar untuk menyediakan makanan kepada keluarga angkat masing-masing. Majlis perasmian juga dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Kemboja iaitu Mr.Nosles Kami datang bukanlah untuk member sumbangan dan terus pulang akan tetapi dapat merapatkan ukhwah islamiah antara muslim. Sepanjag tiga hari kami kesana pelbagai modul aktivi menarik telah kami aturkan untuk penghuni kampung tersebut. Kami juga turut bergabung dengan golongan belia disana. Main dengan kanak-kanak (Permainan Tradisional antara dua negara), pergi pantai, pergi sawah, tempat penyediaan garam,slot pertukaran idea, mengajar mengaji menggunakan teknik Al- Baghdadi(menggunakan teknik bunyi dan ketukan), gotong royong membersih Masjid As-Syakirin dan membaiki bumbung sekolah Tahfiz adalah antara program yang sempat dilaksanakan. Perjalanan program selama tiga hari amat memberi kesan kepada pelajar dan juga penduduk kampung kerana perpisahan itu diiringi oleh deraian air mata. Setelah selesai Majlis penutup dan penyerahan sumbangan kepada wakil penduduk kampung kami akan berangkat ke Phnom Penh.Tidak lengkap sekiranya kita berkunjung kesuatu tempat jika tidak membeli sebarang cenderamata untuk diabadikan untuk keluarga dan saudara mara. Kami telah berkunjung ke Central Market and juga Suria Mall bagi memenuhi keperluan buah tangan untuk dibawa pulang. Selapas selesai makan malam restoren New York Hotel, kami mengabil peluang untuk merasai pengalaman naik tut-tut(kenderaan bermotor) ia tidak terdapat dinegara kita. Pada hari terakhir kami mendapat peluang untuk manaiki scylo (seperti beca) mengelilingi bukit tanda mercu Phnom Penh setelah membuat senamrobik bersama penduduk Phnom Penh sepanjang sungai Mekong. Ini adalah budaya mereka setiap pagi. Kami juga berpeluang untuk melihat gajah melintas kewasan tersebut. Pemandangan pagi itu sungguh indah. Sebelum berangkat ke Combodia Airport kami sempat berkunjung sebuah muzium to Toul Sleng and Killing Field, dimana tempat menceritakan zaman kekejaman askar polpot.

Banyak perkara yang kami belajar dari program berqualiti sebegini. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur dengan kemajuan dan keaman Negara kita. Saya juga dapat lihat jalan raya mereka memang huru hara tetapi statistic kemalangan Negara kita lebih tinggi berbanding mereka, mungkin tiada kesedaran lagi dalam diri rakyat Malaysia bahawa jalan raya bukanlah medan perlumbaan untuk memperjudikan nyawa. Program ini juga membuka jaringan minda pelajar dalam meningkatkan kemampuan diri untuk membantu masyarakat luar yang hidup dalam kesusahan dan untuk melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja terbilang dari segi akademik, bahkan mantap dari segi sahsiah. “we care, we help” Kemboja adalah Negara yang indah untuk dilawati.

No comments:

Post a Comment