Wednesday, 11 May 2011

Kebetulan???????????



Kemana tumpahnya kuah kalau tak kenasi…. Tp mungkin keatas meja @ lantai kot… huhuhu.. sebenarnya xde kena mengena pun kisah kuah 2 ngan cerita myaa ni… myaa nak cakap pasal kebetulan yang telah berlaku lam hidup kita. Hidup yang penuh aman damai memang banyak kebetulan… benda yang kebetulan ni kita rase cam naluri kita memang betul. Bab kata orang ikut kata hati mati… bila sesuatu kebetulan berlaku itu mesti la ada sebabnya yang tersembunyi yang perlukan kepintaran manusia untuk mentafsirkannya.

Kisah kebetulan telah berlaku disebuah hospital besar Kuala Lumpur. Situasi ini bersiaran langsung diruang menunggu wad kecemasan untuk wanita bersalin. Diruang tersebut, ada seorang pemuda bakal bapa menunggu penuh sabar. Namanya adalah Syafiq. Oleh dek kerana dia pantang tengok darah yang banyak,.dengan wajah yang bercampur baur sedih dan juga gembira mengenang kan bakal menimbang cahaya mata pertama, dia hanya mampu menunggu diluar sahaja.

Dalam keadaan yang sepi tiba-tiba muncul seorang pemuda datang dengan muka yang penuh kegembiraan dan berkata “ Alhamdulillah saya dapat anak kembar”.

Dengan senyuman yang hambar Syafiq hanya mampu berkata; “ooo.. yea kew? Tahniah”. Sedang duduk disitu tetiba keluar lagi seorang pemuda dan datang mendekati mereka terus berkata” Macam tidak percaya je rasa dapat anak kembar tiga, kebetulan saya bekerja di Syarikat Triple T”.

Selepas i2, pemuda kedua tadi membalas”eh yea la, saya dapat anak kembar dua, saya bekerja dengan Syarikat produksi Double Version”.

Mendengarkan kata2 kedua orang pemuda tersebut, lantas Syafiq mula gelisah dan kelihatan sungguh cemas. Syafiq berjalan mundar mandir dihadapan pintu dimana tempat isterinya sedang bertarung. Kedua orang pemuda itu lantas terkejut dengan perubahan daripada Syafiq. Syafiq mula tidak senang duduk. Mereka terus datang mendekati Syafiq dan menberi kata semangat “ kenapa ni?? Bertenang dan sabar, insyAllah semua selamat. Kamu jangan la risau sangat”. Dengan itu, Syafiq terus senyum dan memberitahu “ Yea, saya tahu tapi saya bekerja di seven eleven” semua pandang Syafiq dan gelak sampai golek2..?????? KEBETULAN.. KEBETULAN…